Pada 17 Julai 2023 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu telah dianugerahkan Sijil Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kendiri pada 01 Jun 2023 dengan Kategori Cemerlang. Sijil penyampaian telah disampaikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada perhimpunan bulanan warga kerja Wisma Darul Iman. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga PTG Terengganu.
EKSA berfungsi sebagai penambahbaikan kepada konsep 5S, dengan penekanan tambahan pada elemen inovasi, identiti korporat, pemeliharaan alam sekitar, serta kepelbagaian budaya. Tujuan utama EKSA adalah untuk mewujudkan ruang kerja yang kondusif, sistematik, dan efisien, yang seterusnya meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan awam. Pengiktirafan ini menggalakkan agensi untuk terus mengekalkan komitmen terhadap amalan terbaik, termasuk pemantapan imej profesional serta pengurusan sumber yang lestari. Hal ini bukan sahaja memberi manfaat kepada organisasi, malah meningkatkan kepuasan pelanggan dan imej sektor awam secara keseluruhan.