Kampung Kayu Kelat Muncul
Johan ADS1M Peringkat
Terengganu

  PDF Cetak E-mail

Pada 24 Oktober 2015 - Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu di Padang Bola Kampung Kayu Kelat,besut.

Hadir Sama Ahli Exco Kerajaan Negeri, YB Haji Nawi bin Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut; Ahli Exco Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Muhamad Pehimi bin Yusof yang juga ADUN Jertih; ADUN Kuala Besut,YBM Tengku Zaihan bin Che Ku Abdul Rahman; ADUN Jabi,YB Encik Mohd Iskandar bin Jaafar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Pegawai Daerah Besut, Dato’ A Rahim Jusoh.

Lebih 50 buah kampung dari seluruh negeri itu telah menyertai pertandingan ADS1M di mana Kampung Kayu Kelat dinobatkan sebagai johan, sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM12,000 daripada kerajaan negeri.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Kampung Guntong Luar (Setiu) yang berjaya memenangi hadiah wang tunai RM10,000 manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Rawai (Marang) yang membawa pulang RM8,000.

Oleh MAZLAN MAT HUSSIN   

HUBUNGI KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT,
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman

+609-6956326/328/422/416

FAX PTB: +609-6953379

FAX PDB:+609-6956930

ptbesut@terengganu.gov.my

pdbesut@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut