Kejohanan Menembak Jemputan Antara
Ketua-ketua Jabatan Daerah Setiu dan Besut
Anjuran Anggota Sukarela Rejimen 512 Askar Wataniah

Pada 14 November 2015 Kejohanan Menembak Jemputan Antara Ketua-ketua Jabatan Daerah Setiu dan Besut telah diadakan di Lapang Sasar Lembah Bidong yang di anjurkan oleh Anggota Sukarela Rejimen 512 Askar Wataniah.

Turut serta, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Zahapi bin Sagaf; Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia Kampus Sultan Mizan, Dr Mohd Aziz Mohd Din; Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Ketara, Zulkifly Harun; Pegawai Agama Daerah Setiu, Mohd Sofiyuddin Yussof dan pegawai kanan lain.

Sementara itu, pada kejohanan menembak senjata Rifal M16 tersebut, pasukan Shark muncul sebagai johan selepas menewaskan Pasukan Dragon Fly pada pusingan akhir pertandingan bagi acara jatuh piring .

Pasukan Shark dianggotai Mat Rozi Jaafar (AADK), Mohd Shafie Abd Ghani (Mahkamah Majistret Besut) Wan Alzubir Wan Daud (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) dan Mohamad Haizie Mohamad (Pejabat Daerah Besut).

Manakala Dragon Fly dianggotai Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khale, Mohd Taha Yaacob (Sinar Harian) dan dua anggota Penguatkuasa Majlis Daerah Setiu (MDS), Zaitul Hazree Mansor serta Roslan Ramli.

Pasukan Kucing yang diketuai Zahapi hanya mampu berpuas hati di tempat ketiga dan semua pasukan menang menerima hadiah plag yang disampaikan Burhan.

Kejohanan ini diadakan untuk menjalinkan kerjasama erat antara Rejimen 512 AW dengan ketua jabatan dan NGO di negeri ini serta mewujudkan peluang kerjasama dalam bidang tertentu untuk kepentingan bersama.

DiKemaskini Pada Ahad, 15 November 2015 17:20
Jumlah Capaian Ke Laman ini :3599 kali.
  

HUBUNGI KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT,
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman

+609-6956326/328/422/416

FAX PTB: +609-6953379

FAX PDB:+609-6956930

ptbesut@terengganu.gov.my

pdbesut@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut