Majlis Perasmian Penutup
Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB)
2015 Peringkat Daerah Besut

Pada 24 Oktober 2015- Majlis Perasmian Penutup Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB) 2015 Peringkat Daerah Besut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman yang bertempat di Dataran Jerteh souq, Besut.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut, Ahli Exco Kerajaan Negeri, YB Haji Nawi bin Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut; Ahli Exco Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Muhamad Pehimi bin Yusof yang juga ADUN Jertih; ADUN Kuala Besut,YBM Tengku Zaihan bin Che Ku Abdul Rahman; ADUN Jabi,YB Encik Mohd Iskandar bin Jaafar; Pegawai Daerah Besut, Dato’ A Rahim Jusoh; dan Haji Samiun bin Salleh, Timbalan Setiausaha Kerajaan(Pengurusan).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melahirkan azam untuk melaksanakan semua perancangan yang telah dibuat oleh bekas menteri besar lalu demi kepentingan rakyat Terengganu.

"Saya rela tidak mempunyai sebarang projek atau rancangan untuk negeri Terengganu asalkan setiap projek yang telah dirancang oleh mantan-mantan menteri besar terdahulu dapat saya dilaksanakan dengan baik walaupun ia membabitkan kos yang banyak", katanya.

Menurutnya, bagi daerah Besut beberapa projek mega yang telah dirancang ketika Idris menjadi menteri besar (2004-2008) akan turut diteruskan.

Katanya, antara projek yang belum dilaksanakan ialah projek pembesaran Jerteh Souq, pembinaan lebuh raya antara Keruak di Hulu Besut dengan Kuala Berang, Hulu Terengganu, menghidupkan semula Taman Ilmu di Tembila dan Projek Gerbang Pelancongan Antarabangsa di Kuala Besut.

DiKemaskini Pada Ahad, 25 Oktober 2015 19:01
Jumlah Capaian Ke Laman ini :3665 kali.
  

HUBUNGI KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT,
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman

+609-6956326/328/422/416

FAX PTB: +609-6953379

FAX PDB:+609-6956930

ptbesut@terengganu.gov.my

pdbesut@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut