Sejarah Penubuhan

Ditulis pada .

Pada tahun 1984, jawatan Pemungut Hasil Tanah Daerah ditukar kepada Pentadbir Tanah Daerah dan kemudiannya dipinda pula kepada jawatan Pentadbir Tanah selaras dengan pindaan Kanun Tanah Negera. Kesemua Pejabat Tanah telahpun berpindah ke Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah baru yang lebih luas dan selesa bermula dengan Pejabat Tanah Kemaman pada 14 Jun 1982. Perpindahan ini diikuti oleh Pejabat Tanah Besut pada 25 Mac 1989, Pejabat Tanah Setiu pada tahun 1990, Pejabat Tanah Dungun pada 1994, Pejabat Tanah Marang pada 1 September 1996, Pejabat Tanah Hulu Terengganu pada 1 Jun 1997 dan Pejabat Tanah Kuala Terengganu pada 1 Ogos 1998.


Pejabat Tanah Kemaman merupakan Pejabat Tanah pertama diwujudkan di Terengganu iaitu pada tahun 1888 dengan lantikan Pegawai Daerah merangkap Pemungut Hasil Tanah Daerah Kemaman. Ini diikuti dengan Pejabat Tanah Marang pada tahun 1920, Pejabat Tanah Hulu Terengganu ditubuhkan pada tahun 1922, Pejabat Tanah Kuala Terengganu pada tahun 1923, Pejabat Tanah Besut pada tahun 1927, Pejabat Tanah Dungun pada tahun 1929 dan Pejabat Tanah Setiu pada tahun 1985. Pejabat Tanah Kuala Nerus adalah yang terakhir sekali diwujudkan iaitu pada 1 Mei 2015 akibat pengubahan sempadan daerah Setiu dan Kuala Terengganu.


Sejarah penubuhan Pejabat PTG Terengganu dapat dikesan daripada tahun 1920 dengan lantikan Pesuruhjaya Tanah dan Galian yang pertama. Fungsi - fungsi tertentu jawatan ini telah diteruskan oleh jawatan Pengarah Tanah dan Galian bermula pada tahun 1958 melalui Ordinan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957.

 

Pejabat PTG Terengganu terbahagi kepada banyak bahagian. Antara bahagian-bahagiannya ialah Bahagian Pentadbiran, Khidmat Pengurusan, Audit Pengurusan, Pelupusan Tanah, Kuatkuasa, Galian, Pendaftaran Tanah, Pembangunan Tanah, Teknologi Maklumat, Hasil, Ambil Balik Tanah (ABT), Perundangan Tanah , Kontrak dan Strata.

 

Antara perkhidmatan Bahagian Khidmat Pengurusan ialah menguruskan pentadbiran pejabat, menguruskan perkhidmatan kakitangan, menguruskan perjawatan, menguruskan kewangan, menguruskan iventori dan pelupusan dan audit pengurusan.

 

Perkhidmatan Bahagian Audit Pengurusan pula ialah menjalankan kajian audit pengurusan, di pejabat-pejabat tanah di daerah-daerah. Bidang-bidang yang patut diberi tumpuan ialah pematuhan kepada perundangan, prosedur, beban tugas dan lain-lain serta memberi khidmat nasihat. Selain itu, bidang ini juga berkhidmat mengumpul, menganalisa, mengemaskini data-data pentadbiran tanah sebagaimana kehendak pekeliling KPTG 1/90. Bahagian ini juga bertanggungjawab kepada semua pindaan yang akan dibuat kepada Peraturan Tanah Negeri dan merancang keperluan latihan dan tenaga mahir untuk kakitangan di Pentadbiran Tanah.

 

Selain itu, perkhidmatan Bahagian Pelupusan Tanah pula ialah bertanggungjawab memproses tanah, memproses permohonan merizabkan tanah bagi kegunaan awam, memproses permohonan tanah ke kerajaan untuk tujuan industri dan pertanian dan serah balik pemberimilikan semula.

 

Bahagian Kuatkuasa dan Galian pula memberi perkhidmatan seperti menjalankan penguatkuasaan penerokaan haram (pemastautin tanpa hak), penguatkuasaan pemindahan bahan batuan dan pelanggaran syarat, memproses permohonan sijil carigali dan menyelesaikan permohonan tanah haram secepat mungkin.

 

Selain daripada itu, Bahagian Pendaftaran Tanah pula memberi perkhidmatan mendaftar hakmilik tanah, mendaftar urusniaga dan bukan urusniaga, carian rasmi dan persendirian, salinan sah dan sijil pengesahan, penjilidan dokumen, khidmat nasihat perundangan dan kes-kes mahkamah ,memproses permohonan hakmilik strata, mendaftar hakmilik strata, melaksanakan tindakan penguatkuasaan Sek.8 Akta hakmilik strata, memberi khidmat nasihat kepada Perbadanan Pengurusan dan penyediaan perbadanan pengurusan.

 

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu,
Tingkat 7 & 11, Wisma Darul Iman,
20576 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman

09-600 6000

09-622 9887 / 09-631 0078

ptgtrg@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu