Soalan Lazim

No Soalan
1

Soalan Apakah yang dimaksudkan pelupusan Tanah Kerajaan?

Jawapan Pelupusan tanah kerajaan ialah apa-apa pelupusan tanah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) kepada individu/badan dalam menjalankan kuasa-kuasa yang sama di bawah undang-undang tanah terdahulu. (Sek. 42 KTN).

2

Soalan Apakah yang dimaksudkan Hakmilik Strata?

Jawapan Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah berimilik yang dipegang sebagai satu lot dimana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 AHS). Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.

3

Soalan Apakah itu cukai tanah?

Jawapan Cukai tanah mengikut Seksyen Kanun Tanah Negara 1965 ditakrifkan sebagai:

  • Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa negeri (PBN) sebagai cukai sewa.
  • Apa-apa pembayaran tahunan lain terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah cukai sewa atau hasil tanah.
  • Apa-apa bayaran terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai sewa.

 

4

Soalan Apakah yang di maksudkan dengan tanah kerajaan?

Jawapan Semua tanah di dalam negeri itu (termasuk sebanyak mana dasar mana mana sungai, dan tepi pantai serta dasar laut, seperti yang adalah dalam lingkungan wilayah negeri itu atau batas perairan wilayah) selain dari:

  • Tanah Berimilik
  • Tanah Rizab
  • Tanah Lombong
  • Mana - mana tanah yang di bawah peruntukan peruntukan mana mana undang undang yang berhubungan dengan hutan (sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan akta ini) buat masa itu adalah hutan simpan

 

5

Soalan Bagaimanakah untuk mendapatkan semula tanah yang telah luput tempoh pajakan?

Jawapan Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan, permohonan baru (menggunakan Borang Jadual 1) perlu dikemukakan ke Pejabat Tanah di daerah dimana tanah tersebut berada untuk diberi pertimbangan semula.

 

Sebarang pertanyaan atau aduan awam mengenai Pentadbiran Tanah mohon di ajukan melalui Sistem Aduan Awam (e-Aduan) atau hubungi kami di talian 09-623 1957.

Sebarang maklumbalas atau komen yang berkaitan dengan ketidakfungsian PORTAL RASMI atau isi-isu lain yang berkaitan dengan agensi mohon di ajukan di Maklumbalas/Komen atau emel kepada ptgtrg@terengganu.gov.my

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN TERENGGANU
Tingkat 7 & 11, Wisma Darul Iman
20576 Kuala Terengganu
Terengganu
Telefon: 09-623 1957
Fax: 09-622 9887 / 09-631 0078

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu,
Tingkat 7 & 11, Wisma Darul Iman,
20576 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman

09-600 6000

09-622 9887 / 09-631 0078

ptgtrg@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu