Perutusan Pegawai Daerah /Pentadbir Tanah

Oleh Administrator   
Rabu, 05 Agustus 2015 00:00

 

 

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Datang ke Portal Pejabat Daerah dan Tanah Besut. Sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam urusan seharian, Pejabat Daerah dan Tanah Besut komited bagi menyediakan Portal yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.

Pejabat Daerah dan Tanah Besut juga dalam usaha meningkatkan kualiti dalam perkhidmatannya. Tiga inovasi dan Best Practices utama telah dibangunkan dalam usaha mentransformasikan sistem penyampaian kepada pelanggan dan pada masa yang sama boleh mempercepatkan proses kerja bagi semua kakitangan.

Sistem Permohonan Permintaan Ukur Berkomputer (SPPUB) yang telah dibangunkan banyak membantu Penolong Pegawai Tanah dalam menyediakan pelan ukur mengantikan konsep permohonan secara manual kepada permohonan secara sistem. Ianya dapat memendekkan lagi masa yang diperlukan bagi proses berkenaan diselesaikan.

Inovasi ke dua yang dilaksanakan di Pejabat Daerah dan Tanah Besut ialah Penyelesaian Tunggakan Hakmilik Sambungan Selepas Pengambilan Balik Tanah (Borang K). Inovasi ini meliputi penyediaan proses kerja yang lebih sistematik bagi meyelesaikan masalah pengeluaran hakmilik sambungan setelah selesai proses pengambilan balik sesuatu tanah.

Kewujudan Balai Khidmat Pelanggan yang berkonsepkan One Stop Center meliputi Perkhidmatan Majistret dan Penghulu Mukim, Semakan E-Kasih, Semakan E-Selamat, Penyaksian Suratcara dan lain-lain perkhidmatan telah banyak membantu memudahkan urusan kepada pelanggan. Balai Khidmat Pelanggan yang dilengkapi dengan Kaunter Pandu Lalu Bayaran Hasil juga merupakan inovasi yang boleh dibanggakan oleh semua warga Pejabat Daerah dan Tanah Besut.

Akhir kata, saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung laman web ini bagi memantapkan lagi pengurusan Pejabat Daerah dan Tanah Besut dan kemudahan yang disediakan. Selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Besut dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.

 

 

Sekian, terima kasih.


ENCIK AHMAD NAZWAWI BIN HARUN

(Pegawai Daerah /Pentadbir Tanah Besut)

 

 

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Firstly, Welcome to Portal of Besut District and Land Office. In line with current developments emphasizing on the use of ICT in their daily operations, Besut District and Land Office is committed to providing a user-friendly portal into our service delivery.

Besut District and Land Office in an effort to improve the quality of services. Three major innovations and best practices have been developed in an effort to transform the delivery system to the customer and at the same time can improve the process of work for all employees.

Sistem Permohonan Permintaan Ukur Berkomputer (SPPUB) was developed in order to help Assistant Land Officer in preparing the draft survey plan to replace manual application to become an application in the system base. It can further shorten the time required for the process is completed.

The second innovation was implemented in Besut District and Land Office is Penyelesaian Tunggakan Hakmilik Sambungan Selepas Pengambilan Balik Tanah (Borang K). These innovations include the provision of a more systematic procedures to solve problems ownership upon completion of a land acquisition process.

The existence of the Balai Khidmat Pelanggan with the concept of One Stop Center provide lot of services such as Magistrate and district headman, Revision E-Kasih, Revision E-SELAMAT, Attestation of instrument and other services has helped facilitate the customers. It also equipped with drive-thru counter fee as an innovations that should be proud by all staff of Besut District and Land Office.

Finally, any constructive ideas from visitors about this site is invited to improve the management of Besut District and Land Office and the services provided. Welcome to the official website Besut District and Land Office and hoped Sir / Madam would visit again in the future.

 

Thank you.

 


ENCIK AHMAD NAZWAWI BIN HARUN

(District Officer /Land Administrator Besut)

 

 

DiKemaskini Pada Khamis, 03 Mac 2022 11:24
Jumlah Capaian Ke Laman ini :9802 kali.
 

HUBUNGI KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH BESUT,
Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu Darul Iman

+609-6956326/328/422/416

FAX PTB: +609-6953379

FAX PDB:+609-6956930

ptbesut@terengganu.gov.my

pdbesut@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Besut