Perutusan Pengarah


YBhg Dato' Haji Ishamudin bin Hashim
D.P.M.T., K.M.N., P.J.K.
Pengarah Tanah dan Galian
Terengganu

 

 

 

Selamat Berkunjung Ke Laman Web Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Terengganu.
 

PTG adalah sebuah jabatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran tanah yang melibatkan urusan tukar syarat, gadaian, pindahmilik dan menjalankan kuasa-kuasa penguatkuasaan undang-undang tanah termasuklah urusan permohonan kebenaran carigali serta perlombongan dan menyelesaikan permohonan tanah haram. PTG juga turut mengendalikan urusan pungutan hasil dan pengambilan balik tanah.
 

Laman Web ini memberikan maklumat berkaitan sejarah, aktiviti pentadbiran tanah, pekeliling-pekeliling/arahan tanah dan perkara lain yang berkaitan dengan urusan pentadbiran tanah yang mungkin menjadi sumber panduan kepada agensi-agensi lain dan juga orang awam yang cenderung pada urusan pentadbiran tanah Negeri Terengganu yang dilaksanakan oleh PTG.

 

PTG juga akan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatannya kepada pelanggan. Sehubungan itu, saya mengalu-alukan pandangan yang membina dan positif untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat laman ini dan juga ke arah pentadbiran tanah yang lebih baik dan efisien.

Saya bagi pihak seluruh kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu merakamkan ribuan terima kasih di atas segala usaha dan pengorbanan semua pihak yang terlibat dalam pembinaan laman web ini.

Sekian, salam cyber dari saya dan terima kasih.




YBhg Dato' Haji Ishamudin bin Hashim
D.P.M.T., K.M.N., P.J.K.
Pengarah Tanah dan Galian.
Terengganu

 

 

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu,
Tingkat 7 & 11, Wisma Darul Iman,
20576 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman

09-600 6000

09-622 9887 / 09-631 0078

ptgtrg@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu