Dasar Kualiti

Ditulis pada 03 November 2021.

Pihak Pengurusan PTG Terengganu adalah berkomited untuk meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti dan kecekapan proses-proses utama dalam pentadbiran PTG Terengganu.  Pihak Pengurusan juga akan memastikan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti PTG Terengganu akan diterangkan untuk kefahaman semua dalam organisasi dan sentiasa disemak semula kesesuaiannya mengikut keperluan undang-undang dan peraturan semasa. Selain itu, pihak pengurusan akan menyediakan rangka kerja bagi mewujud dan menyemak semula objektif-objektif kualiti organisasi.