Perkhidmatan PTKT

Ditulis pada Jumaat, 01 November 2019 19:44

BAHAGIAN PENDAFTARAN

  • Menerima suratcara urusniaga/bukan urusniaga.
  • Menyemak dokumen untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan peraturan dan perundangan.
  • Membuat catatan memorial pendaftaran ke dalam dokumen hakmilik daftar komputer.
  • Mendaftar hakmilik tanah.
  • Mendaftar urusniaga dan bukan urusniaga.
  • Menyedia dan mendaftar hakmilik sementara dan hakmilik kekal.
  • Menyemak dan menjilid dokumen hakmilik, suratcara urusniaga dan bukan urusniaga.

BAHAGIAN PELUPUSAN TANAH

  • Permohonan tanah biasa oleh orang perseorangan/swasta, Jabatan Kerajaan yang kurang dari 10 ekar.
  • Permohonan tanah besar-besaran berkelompok.
  • Permohonan untuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS).
  • Permohonan untuk Sijil Kebenaran Carigali (SKC) dan Pajakan Lombong (SL/PL).
  • Permohonan tanah di bawah dasar penswastaan.
  • Permohonan rayuan pengurangan premium.
  • Permohonan pecah bahagian bagunan dan pendaftaran hakmilik strata.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN TANAH

  • Permohonan penyerahan balik dan pembermilikan semula tanah.
  • Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah.
  • Permohonan ubah syarat, pecah sempadan / bahagian tanah.
  • Permohonan penyatuan tanah.
  • Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pertanian kepada industri.
  • Pemberian milik tanah di bawah akta tanah.
  • Memproses permohonan pecah sempadan / bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik.

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN TEKNIKAL

  • Menyiasat dan menyediakan laporan aduan orang ramai.
  • Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah dan lesen menduduki sementara.
  • Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit.
  • Menjalankan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan.
  • Mengemukakan laporan siasatan sebelum proses pendakwaan dilaksanakan.
  • Menyediakan pelan tapak cadangan pembangunan.

BAHAGIAN HASIL

  • Menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan.
  • Melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai/hasil setempat.
  • Menyelaraskan Laporan Pungutan Hasil bulanan.
  • Mengumpul maklumat berkaitan hasil tanah bagi tujuan pemantauan.
  • Merangka dasar dan perancangan kutipan tahunan hasil tanah.

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  • Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen supaya dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat daerah.
  • Mengawasi disiplin dan memproses tindakan tatatertib.
  • Mengurus segala cuti, menyedia dan memproses dokumen persaraan.
  • Menyelaras kursus-kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan kefahaman tentang dasar dan peraturan kerja semasa.
  • Melaksanakan pengurusan perolehan pejabat dan mengawalselia keperluan.
  • Menguruskan tatacara pengurusan aset alih kerajaan di jabatan meliputi harta modal dan inventori merangkumi aspek penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan dan penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.
  • Menyelaras penilaian prestasi tahunan dan panel pengurusan sumber manusia (PPSM).

Jumlah Capaian Ke Laman ini: 40472 kali

HUBUNGI KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU,
Kompleks Sri Iman, Jalan Sultan Mohamad,
20692 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

+609-6222966/6222193

FAX PTKT:+609-6220329

FAX PDKT:+609-6221062

ptkt@terengganu.gov.my

pdkt@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu