BESUT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pemantauan berterusan di 17 kawasan berisiko tinggi banjir di Besut susulan hujan berterusan sejak malam kelmarin.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih, Muhammad Tarmimi Che Musa, berkata pihaknya menyediakan aset membabitkan empat bot penyelamat, sebuah lori tiga tan dan sebuah pacuan empat roda untuk melancarkan operasi banjir kali ini.
Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat Jertih akan menjadi pusat kawalan tempat kejadian rondaan banjir bagi semua agensi pasukan penyelamat.