Bahagian Pendaftaran

Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Perintah Mahkamah

Pembatalan gadaian ialah satu tindakan bagi membatalkan gadaian yang dibuat oleh tuan tanah ke atas gadaian yang dimasukkan di mana pemegang gadaian tidak dapat dikesan atau telah meninggal dunia
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Pembatalan Gadaian

Pembatalan gadaian ialah satu tindakan bagi membatalkan gadaian yang dibuat oleh tuan tanah ke atas gadaian yang dimasukkan di mana pemegang gadaian tidak dapat dikesan atau telah meninggal dunia
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Kaveat Persendirian

Kaveat persendirian ialah satu tegahan ke atas kepentingan tanah oleh individu (orang perseorangan) untuk menjaga kepentingan tanahnya 
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Kaveat Pemegang Lien

Kaveat Pemegang Lien ialah satu tegahan yang mengikat akan tanah dan kepentingannya bagi menjamin kepentingan orang atau badan yang memberi pinjaman
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Kaveat Amanah

Kaveat Amanah ialah satu tegahan yang dibuat bagi menjaga kepentingan orang-orang yang diamanahkan
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Notis Menarik Balik Kaveat Persendirian

Notis Menarik Balik Kaveat Persendirian ialah permohonan pelepasan kaveat atau tegahan yang dibuat oleh orang yang memasuki kaveat
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Perintah Larangan (mahkamah) atau Lanjut Tempoh Kaveat

-Perintah Larangan (mahkamah) ialah suatu perintah oleh mahkamah di mana tanah atau kepentingan atas tanah yang dipegang oleh siberhutang yang akan dijual dalam proses perbicaraan yang mana melarang siberhutang dari melaksanakan apa-apa urusan seperti yang dinyatakan dalam perintah itu atau perintah bagi melanjutkan tempoh kaveat persendirian.

- Melanjut tempoh kaveat ialah sesuatu lanjutan masa yang diberi oleh pihak mahkamah ke atas kemasukan kaveat persendirian.
Image 1 from http://jqueryscript.net/

 Pendaftaran sebagai Penguasa atau Pentadbir/penjaga/wakil/wasi

Pendaftaran sebagai penguasa atau pentadbir/penjaga/wakil/wasi ialah membuat catatan perkataan "Penguasa" atau "Pentadbir/penjaga/wakil/wasi" ke atas hakmilik yang berkaitan sebagaimana perintah 
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Memotong kaveat persendirian

Permohonan untuk memotong kaveat persendirian ialah permohonan untuk pelepasan kaveat atau tegahan yang dipohon oleh tuan tanah atau orang-orang yang berkepentingan berdaftar ke atas satu-satu kaveat yang telah mengikat akan tanah atau kepentingan tersebut
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Pemegang Amanah

Pendaftaran sebagai pemegang amanah ialah orang-orang yang diberi kuasa mengurus dan mentadbir harta pihak lain
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Penukaran Nama (Seksyen 378 KTN)

Penukaran nama di bawah seksyen 378 KTN ialah perubahan nama seperti ejaan nama, menukar nama atau menambah gelaran pada nama atau nombor kad pengenalan oleh tuan tanah ke atas hak milik atau kepentingannya dengan dikepilkan bukti dengan dokumen seperti Surat Akuan Berkanun, surat pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara, Borang 13 Akta Syarikat 1965, Deed of Poll atau lain-lain yang berkaitan
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Perletakhakan Statutori

Perlethakhakan statutori ialah suatu perletakhakan yang dikuatkuasakan oleh mana-mana undang-undang bertulis tentang mana-mana kepentingan berdaftar mengenai tanah atau mana-mana kepentingan yang boleh didaftar mengenai tanah
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Pembahagian Harta Pesaka Kecil

Pembahagian harta pesaka kecil ialah satu perintah pembahagian harta pesaka yang mesti dibuat dengan mencatatkan di dalam keterangan hakmilik daripada simati kepada nama waris-waris yang berhak. Ianya juga dikenali dengan nama pendaftaran tarekah kecil.
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Membatal Sekatan Kepentingan

Permohonan membatal sekatan kepentingan ialah pengubahan atau pembatalan atau pemindaan mana-mana syarat nyata atau sekatan kepentingan atau pengenaan syarat nyata atau sekatan yang baru untuk membolehkan tuan tanah mengguna atau memajukan tanahnya bagi maksud-maksud lain yang dibenarkan sekarang.
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Kaveat Pendaftar

Kaveat Pendaftaran ialah satu tegahan ke atas kepentingan tanah yang dimasuki oleh Pendaftar bagi menjaga kepentingan badan-badan kerajaan dan pihak-pihak tertentu
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Pengambilan Tanah

Pengambilan tanah ialah suatu proses perolehan ke atas tanah-tanah milik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi maksud tujuan awam atau perdagangan dengan diberikan bayaran pampasan yang tertentu
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Penyerahan Tanah Sebahagian

Penyerahan tanah sebahagian ialah tuan tanah yang memohon untuk menyerah balik sebahagian tanah sahaja kepada Pihak Berkuasa Negeri dan boleh dilakukan hanya untuk kegunaan bagi maksud keagamaan, pendidikan, kebajikan atau awam
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Penyerahan Kesemua Tanah

Penyerahan tanah kesemua ialah tuan tanah memohon untuk menyerah balik kesemua tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Hakisan Tanah

Tanah milik yang dihakis oleh laut/sungai (hakisan tanah) ialah pengembalian tanah milik kepada Pihak Berkuasa Negeri akibat munduran oleh laut/sungai
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Perampasan Tanah

-Perampasan tanah kerana tidak membayar cukai ialah tanah yang dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri kerana tuan tanah gagal menjelaskan cukai tanah. 

-Perampasan Tanah kerana pelanggaran syarat tanah ialah tanah yang dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri kerana ketidakpatuhan tuan tanah ke atas syarat yang dikenakan ke atas tanahnya.
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Tukar Syarat, Pecah Sempadan, Pecah Bahagian dan Cantuman Tanah

-Tukar syarat ialah permohonan untuk mengubah kegunaan tanah hakmilik.

-Pecah Sempadan ialah membahagikan bahagian-bahagian tanah kepada seorang atau lebih.

-Pecah Bahagian ialah membahagikan bahagian-bahagian tanah yang mempunyai pemilik lebih dari seorang.

-Cantuman tanah ialah mencantumkan tanah-tanah iaitu dua lot atau lebih menjadi satu.
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Pembetulan Seksyen 380 KTN

Pembetulan/ketinggalan di bawah seksyen 380 KTN ialah satu proses pembetulan di atas kesilapan atau ketinggalan yang telah berlaku khususnya mengenai pendaftaran atau pengeluaran hakmilik serta kesilapan ingatan atau catatan.Pembetulan kesilapan ini tidak akan menyentuh hak atau tanggungan seseorang di bawah sesuatu hakmilik atau dibawah mana-mana suratcara berkaitan dengan tanah.
Image 1 from http://jqueryscript.net/

Pendaftaran Pembatalan Kaveat Persendirian Kerana Luput Tempoh

Pembatalan Kaveat Persendirian kerana luput tempoh ialah satu proses bagi membatalkan kaveat persendirian kerana tempoh kuatkuasanya telah genap enam tahun dari tarikh kemasukannya

Encik Abdul Muiz Bin Mazlan

Penolong Pentadbir Tanah (Pendaftaran)

 

HUBUNGI KAMI

Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun,
Jalan Yahaya Ahmad, 23000 Dungun,
Terengganu Darul Iman

09 - 8481616

Faks PDD : 09 - 8484594

Faks PTD : 09 - 8452217

pddungun@terengganu.gov.my

ptd@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun