Sejarah

Written by Administrator   
Monday, 02 April 2012 01:38

Sejarah awal perkembangan Pejabat - Pejabat Tanah Negeri Terengganu bermula dengan penubuhan Pejabat Tanah Kemaman. Pejabat Tanah Kemaman merupakan Pejabat Tanah pertama diwujudkan di Negeri Terengganu iaitu pada tahun 1888 dengan lantikan Pegawai Daerah merangkap Pemungut Hasil Tanah Daerah Kemaman. Ini diikuti dengan Pejabat Tanah Marang pada tahun 1920, Pejabat Tanah Hulu Terengganu pada tahun 1922, Pejabat Tanah Kuala Terengganu pada tahun 1923, Pejabat Tanah Besut pada tahun 1927 dan Pejabat Tanah Dungun pada tahun 1929. Pejabat Tanah Setiu adalah yang terakhir sekali diwujudkan iaitu pada 1 Januari 1985 akibat pengubahan sempadan daerah-daerah Besut dan Kuala Terengganu.

Pada tahun 1984 jawatan Pemungut Hasil Tanah Daerah telah ditukar kepada Pentadbir Tanah Daerah yang kemudiannya dipinda menjadi jawatan Pentadbir Tanah selaras dengan pindaan Kanun Tanah Negara. Kesemua Pejabat Tanah telah pun berpindah ke Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah baru yang lebih luas dan selesa bermula dengan Pejabat Tanah Kemaman pada 14 Jun 1982. Perpindahan ini diikuti oleh Pejabat Tanah Besut pada 25 Mac 1989, Pejabat Tanah Setiu pada tahun 1990, Pejabat Tanah Dungun pada tahun 1994, Pejabat Tanah Marang pada 1 September 1996, Pejabat Tanah Hulu Terengganu pada 1 Jun 1997 dan Pejabat Tanah Kuala Terengganu pada 1 Ogos 1998.

Last Updated on Wednesday, 29 May 2019 01:23
 

HUBUNGI KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU TERENGGANU,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu,
Terengganu Darul Iman

09-6811294/09-6812471/09-6812473

FAX PTHT: 09-6812411

FAX PDHT: 09-6811964

ptht@terengganu.gov.my

pdht@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu