Perutusan Pegawai Daerah/
Pentadbir Tanah


YBrs. ENCIK AZRAN AMIN BIN MAZLAN
PEGAWAI DAERAH KUALA TERENGGANU

 

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 

Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua dapat kami mengadakan Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah ini.
 

Arus perkembangan pesat dunia ICT dalam dunia tanpa sempadan ini telah menyaksikan perubahan drastik teknologi komunikasi yang membolehkan masyarakat mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki secara cepat. Maklumat dan data yang ada dalam laman web ini sedikit sebanyak akan mengalih minat orang ramai dalam memperolehi dan mendapatkan maklumat secara terus serta mengetahui tugas dan peranan yang dimainkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu dalam memberikan perkhidmatan dan kesejahteraan kepada masyarakat khususnya penduduk-penduduk pinggir Bandar.

 

Maklumat-maklumat pembangunan tanah dan daerah yang diperolehi secara langsung melalui laman web ini beransur-ansur menggantikan kaedah pencapaian maklumat secara konvensional yang dipaparkan di papan-papan kenyataan di Bilik Gerakan di Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah di negeri ini. Kami juga bersedia menerima apa jua teguran yang membina bagi membantu pentadbiran ini memenuhi kepuasan pengunjung-pengunjungnya.

Saya bagi pihak seluruh kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu merakamkan berbanyak-banyak terima kasih di atas segala usaha semua pihak yang terlibat dalam pembinaan Laman Web ini.

Sekian, Terima kasih.




YBrs. ENCIK AZRAN AMIN BIN MAZLAN
S.M.Z., A.M.T., P.J.K.
PEGAWAI DAERAH /PENTADBIR TANAH KUALA TERENGGANU

 

 

 

HUBUNGI KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU,
Kompleks Sri Iman, Jalan Sultan Mohamad,
20692 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

+609-6222966/6222193

FAX PTKT:+609-6220329

FAX PDKT:+609-6221062

ptkt@terengganu.gov.my

pdkt@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu