Definisi Pendaftaran Urusniaga

Pendaftaran Pindahmilik tanah, bahagian atau pajakan ialah pemindahan pemilikan ke atas tanah, bahagian atau pajakan kepada penama yang lain sama ada melalui jualan, pemberian kasih sayang atau pertukaran lot.

Pendaftaran gadaian tanah ialah satu urusan yang didaftarkan bagi menjamin pihak yang memberi pinjaman bercagarkan hakmilik tanah.

Pendaftaran melepas gadaian tanah ialah membebaskan hakmilik tanah daripada gadaian setelah semua pinjaman dijelaskan.

Pendaftaran Pajakan Tanah ialah suatu pajakan berdaftar atau pajakan kecil tanah di mana tuan tanah memajak tanahnya kepada pihak lain.

Pendaftaran Pajakan Kecil Tanah ialah satu proses di mana pemegang pajak ke atas tanah berimilik memberi pajakan semula kepada pihak lain.

Pendaftaran Penyerahan balik pajakan ialah membebaskan hakmilik tanah daripada pajakan atau pajakan kecil setelah semua bayaran dijelaskan.

Pindahmilik gadaian tanah ialah satu tindakan bagi memindahkan nama pemegang gadai kepada pemegang gadai yang baru.

Pendaftaran penangguhan gadaian ialah mana-mana gadaian yang ditangguhkan kepada mana-mana gadaian berikutnya dengan suatu suratcara dalam Borang 16C. Gadaian kepada nama sebarang suratcara penangguhan berkaitan hendaklah berkedudukan dalam susunan yang ditentukan dari tarikh suratcara itu didaftarkan.

Pendaftaran perintah jual oleh mahkamah/Pentadbir Tanah ialah suatu perintah ke atas tanah/pajakan tanah hakmilik Pejabat pendaftar/Pejabat Tanah yang dijual secara lelongan awam.

Pendaftaran pemberian ismen adalah hak kemudahan yang diberi oleh pemilik tanah (dominant) kepada pemilik tanah yang lain (servient) dengan balasan yang dipersetujui sama ada bertempoh atau selama lamanya.

Pendaftaran pemberian ismen berbalas sokong (berkenaan dengan dinding kongsi) ialah hak yang diberi oleh lebih daripada tiga orang tuan punya selaku tuan punya kepada seseorang yang lain untuk menikmati secara berfaedah tanahnya yang bersempadan antara satu sama lain menurut peruntukan undang-undang.

Pendaftaran melepaskan ismen ialah membebaskan kemudahan laluan secara sewaan yang didaftarkan ke atas tanah dengan persetujuan kedua-dua pihak.

Pendaftaran sebagai penyewa ialah satu catatan dibuat keatas permohonan bagi menjaga kepentingan penyewa.

HUBUNGI KAMI

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus,
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

09-6664000

Faks PDKN : 09-6624000

Faks PTKN : 09-6666000

Email PDKN : pdkn@terengganu.gov.my

Email PTKN : ptkn@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus