Unit Sumber Manusia Dan Teknologi Maklumat

Ditulis pada Isnin, 20 Jun 2022

PENTADBIRAN

  • Merancang dan menguruskan hal-ehwal pentadbiran am.
  • Memantau semua arahan am pentadbiran dipatuhi oleh semua jabatan dibawah pemusatan.
  • Merancang takwim induk.
  • Mengurus maklumat direktori pegawai dan kakitangan.
  • Mengurus permohonan peruntukan bajet / vot pentadbiran.
  • Merancang aktiviti/program Perhimpunan/ Mesyuarat Pengurusan Peringkat Jabatan.
  • Merancang pelaksanaan Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Jabatan.
  • Menguruskan MyPortfolio Jabatan.
  • Mengendalikan urusan berkaitan Arahan Keselamatan Jabatan.
  • Mengurus keselamatan, kerosakan dan kebersihan serta keceriaan pejabat.
  • Mengurus permohonan/perjanjian sewaan.
  • Menguruskan pemantauan laporan bulanan kehadiran.

UNIT KENDERAAN

  • Mengendalikan permohonan pengurusan kenderaan teratur.
  • Memantau penggunaan kenderaan.
  • Memastikan semua prosedur berkaitan kendalian kenderaan dipatuhi.

UNIT REKOD

  • Mengurus rekod fail / dokumen Jabatan.
  • Mengurus surat dan pengeposan.
  • Menguruskan rekod aduan Jabatan.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Perkhidmatan

  • Mengendalikan urusan pelantikan dan pengesahan lantikan.
  • Mengendalikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan.
  • Menguruskan pemberian taraf berpencen.
  • Menyelenggarakan Buku Perkhidmatan.
  • Menguruskan persaraan pegawai.
  • Menguruskan pertukaran dan penempatan bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional, Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II.
  • Mengurus permohonan tapisan keselamatan e-vetting pegawai Jabatan.
  • Mengurus Majlis Bersama Jabatan.

Pembangunan Organisasi

  • Mengurus pengambilan bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional, Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II.
  • Menguruskan perlantikan pegawai kontrak.
  • Mengurus data perjawatan Jabatan.
  • Melaksanakan kajian pembangunan organisasi Jabatan.
  • Mentadbir dan melaksanakan Aplikasi HRMIS di JKM.
  • Menyelaras dan menyediakan laporan pencapaian KPI berkenaan Pengisytiharan Harta, SKT dan Data Berintergriti.

Unit Integriti

  • Pengurusan Integriti.
  • Pengurusan tatatertib Jabatan.
  • Menguruskan Laporan Pengisytiharan harta.
  • Mengurusetiakan Lembaga Tatatertib.
  • Menguruskan permohonan darjah/ pingat kebesaran.

Unit Latihan dan Kompetensi

  • Menguruskan peruntukan Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan.
  • Menguruskan latihan / kursus jabatan.
  • Memantau kehadiran tujuh (7) hari berkursus setahun bagi pegawai jabatan.
  • Menguruskan peperiksaan awam jabatan.

TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Memastikan sistem-sistem aplikasi dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
  • Mengurus, menyelaras dan melaksana hal- hal berkaitan ICT termasuk keperluan, perolehan, pendaftaran, penempatan, penyelenggaraan (perkakasan dan perisian), pelupusan dan rangkaian.
  • Membantu melaksana pengemaskinian laman web.
  • Membantu melaksana dan mengurus emel kakitangan.
  • Menyelia isu-isu keselamatan ICT di Jabatan.
  • Mengurus dan mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Peringkat (JPICT) Jabatan.
  • Menjalankan tugas keurusetiaan dan memberikan sokongan teknikal ICT untuk semua majlis dan program jabatan.

Jumlah Capaian Ke Laman ini: 4718 kali

HUBUNGI KAMI

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus,
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

09-6664000

Faks PDKN : 09-6624000

Faks PTKN : 09-6666000

Email PDKN : pdkn@terengganu.gov.my

Email PTKN : ptkn@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus