Perkhidmatan PDM

Ditulis pada Khamis, 31 July 2014 14:29

UNIT PENTADBIRAN

  1. Duti Setem
    • Dikendalikan sepenuhnya di Kaunter Bersepadu, Kaunter 4, Pejabat Daerah dan Tanah Marang.
    • Sekiranya suratcara memerlukan tandatangan pegawai, pelanggan diminta duduk di ruangan menunggu.
    • Suratcara selesai dan dipulangkan semula kepada pelanggan.
  2. Lesen Tukang Emas
    • Dikeluarkan hanya setahun sekali.
    • Pemohon yang ingin memohon lesen tersebut haruslah memohon lesen di Pejabat Daerah Marang.
  3. Permohonan Mendapat Sijil Kerakyatan DYMM Sultan Terengganu
    • Dikendalikan sepenuhnya di kaunter 3, Bahagian Pentadbiran Pejabat Daerah Marang.
    • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
    • Pemohon dilahirkan di luar Negeri Terengganu.
  4. Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah
    • Perkhidmatan ini disediakan bagi memudahkan masyarakat tempatan yang memerlukan tandatangan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tanah,tarekah sebagainya.

UNIT PEMBANGUNAN MASYARAKAT

  1. Pentadbiran JKKK
    • Penghulu Mukim akan melantik JKKK kampung di bawah mukim masing-masing.
    • Setiap JKKK dilantik setiap 2 tahun sekali.
    • Setiap pemasalahan yang dihadapi oleh JKKK akan dirujuk kepada Penghulu Mukim.
    • JKKK adalah perantaraan bagi penghulu mukim untuk mengetahui masalah anak mukim masing-masing.
  2. Bantuan Baik Pulih dan Bina Baru Rumah PPRT
    • Bahagian ini menyediakan perkhidmatan baik pulih dan bina baru rumah PPRT
    • Permohonan untuk bantuan ini hendaklah dibuat melalui JKKK dan Pengesahan akan dilakukan oleh Penghulu mukim.
    • Setiap pemohonan akan dipilih dan dinilai megikut kelayakan untuk diberi bantuan tersebut.
    • Melalui program ini dapat membantu masyarakat yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
  3. Pengesahan Dokumen
    • Dokumen asal hendaklah dikemukakan bersama semasa pengesahan salinan dibuat.
    • Pegawai yang terlibat:
      • Pegawai Daerah
      • Ketua Penolong Pegawai Daerah
      • Penolong Pegawai Daerah
      • Pegawai Eksekutif
      • Penghulu
    • Setelah semakan dan berpuashati, tandatangan pegawai berkenaan diturunkan pada salinan dokumen.
  4. Pemberian Sijil ASB / ASN
    • Bantuan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dalam sijil ASB / ASN.

UNIT PEMBANGUNAN FIZIKAL / LUAR BANDAR

  1. Khidmat Penggunaan Jentera dan Kenderaan Berat
    • Bahagian ini menyediakan khidmat penggunaan jentera berat seperti buldozer, lori dan sebagainya.
    • Penggunaan jentera berat adalah untuk mengangkut barang dan menimbun tanah atau sebagainya di tempat yang dikehendaki.
  2. Menyediakan Kemudahan Prasarana / Infrustruktur Awam
    • Mengenalpasti lokasi penempatan bagi pembinaan kemudahan prasarana.
    • Penyediaan kemudahan prasarana bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
  3. Menyediakan Kemudahan Kemudahan Sukan & Rekreasi , Perhentian Bas Henti-Henti, Wakaf dan sebagainya
    • Untuk meningkatkan kesedaran cara hidup sihat dengan aktiviti sukan yang pelbagai.
    • Memberikan kemudahan tempat menunggu yang selesa kepada pengguna pengangkutan awam.
  4. Menyediakan Pelan-Pelan Seragam
    • PDM juga menyediakan lukisan pelan yang seragam.
    • Pelan-pelan seragam ialah pelan bangunan yang sama untuk dibina dikawasan Daerah Marang. Contohnya Bangunan Balairaya.

Jumlah Capaian Ke Laman ini: 9399 kali

HUBUNGI KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman

09-6182211/6185013

FAX PDM: 09-6181963

FAX PTM: 09-6185960

pdmarang@terengganu.gov.my

ptmarang@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Marang