Soalan Lazim

PDF Cetak E-mail

PEJABAT DAERAH MARANG

1) Sekiranya seseorang pemohon ingin membuat pemohonan mendapatkan status kerakyatan negeri Terengganu, apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi? Dan bagaimanakah prosedur permohonan tersebut?

Jawapan : jika pemohon adalah seorang kanak-kanak,syarat yang wajib perlu dipenuhi adalah kanak-kanak tersebut mestilah berumur kurang daripada 18 tahun dan ibu bapa bagi kanak-kanak tersebut merupakan rakyat dari Negeri Terengganu. Bagi pemohon dewasa, pemohon tersebut mestilah bermastautin di Negeri Terengganu lebih dari 10 tahun. Borang permohonan boleh didapati dimana-mana Pejabat Daerah di seluruh Negeri Terengganu.

2) Adakah saya boleh membeli borang sebutharga sekiranya saya tidak berdaftar dengan Pejabat Daerah Marang?

Jawapan : Anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di dalam sistem pendaftaran kontraktor di Pejabat Daerah Marang sebelum membeli dan dikehendaki membawa lesen asal bagi tujuan pendaftaran.

3) Bagaimana cara untuk memohon rumah kos rendah?

Jawapan : Sesiapa yang berminat untuk membuat permohonan rumah kos rendah mengikut sistem pendaftaran terbuka boring permohonan boleh didapati di bahagian kewangan Pejabat Daerah di seluruh negeri Terengganu. Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi adalah pemohon merupakan warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dan pemohon atau suami/isteri pemohon telah memiliki rumah ,tidak layak memohon rumah kos rendah.

4) Baru-baru ini saya telah membuat pindahan hak milik tanah , berapakah kadar duti setem yang akan dikenakan dan bagaimana saya ingin menyemak kadar duti setem untuk pindah milik tanah yang telah dibuat?

Jawapan : Kadar duti setem dinilai oleh Pejabat Penilaian Duti Setem Kuala Terengganu berdasarkan lokasi tanah yang dipohon. Untuk menyemak taksiran duti setem, anda perlu datang ke Pejabat Daerah Marang dan pergi ke Kaunter Bersepadu serta membawa borang asal 14A atau anda boleh menelefon terus ke bahagian Duti Setem.

5) Apakah syarat dan cara untuk memohon rumah PPRT?

Jawapan : Syarat asas untuk memohon rumah PPRT ialah pemohon mestilah berumur 40 tahun ke atas. Rumah PPRT terbahagi dalam dua kategori iaitu bina baru dan baikpulih. Cara untuk memohon PPRT ialah melalui Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) setiap kampung .

PEJABAT TANAH MARANG

1) Sekiranya seseorang pemohon diluluskan pemberimilikan tanah kerajaan dan dikehendaki membayar premium dalam tempoh 3 bulan daripada surat di terima tetapi tidak dapat menjelaskan bayaran berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, bolehkah pemohon merayu melanjutkan tempoh bayaran tersebut?

Jawapan :
Boleh merayu melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan di kemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat,pemohon perlu mengemukakan permohonan baru (Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula.

2) Bagaimanakah caranya untuk memanjangkan tempoh pajakan hakmilik tanah kepada 99 tahun ataupun tempoh tertentu sekiranya hakmilik tanah sedia ada hanya mempunyai baki tempoh pajakan yang hampir luput?

Jawapan :
Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah .Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik dibawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

3) Bagaimanakah untuk mendapatkan semula tanah yang telah luput tempoh pajakan?

Jawapan :
Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan, permohonan baru ( menggunakan Borang Jadual 1) perlu dikemukakan ke Pejabat Tanah di daerah dimana tanah tersebut berada untuk diberi pertimbangan semula.

4) Siapakah yang boleh memohon tanah milik yang telah luput tempoh pajakan dan pemilik asalnya telah meninggal dunia?

Jawapan :
Sesiapa sahaja yang dinyatakan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara(KTN) boleh memohon dan dipertimbangankan. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberi kepada waris-waris pemilik asal, jika ada permohonan.

5) Bolehkah permohonan pembangunan tanah dibuat sekiranya tarikh sah Perintah Pembangunan telah luput?

Jawapan :
Tidak. Pemohon mestilah mendapatkan perlanjutan tempoh Perintah Pembangunan sebelum mengemukakan permohonan pembangunan tanah di Jabatan ini.

6) Bolehkan Borang Suratcara diisi dengan menggunakan dakwat biru atau pen mata bulat?

Jawapan :
Borang Suratcara hanya boleh dilengkapkan dengan menggunakan dakwat hitam atau bertaip

7) Di dalam Borang H ada disebutkan tentang penahanan bayaran pampasan sebanyak 25%. Jadi saya inginkan penjelasan mengenainya. Dalam keadaan manakah penahanan tersebut berlaku dan adakah pampasan untuk saya juga ditahan sebanyak itu?

Jawapan :
Penahanan pampasan sebanyak itu 25% akan dibuat sekiranya ada bantahan daripada pihak yang memohon pengambilan untuk projek tersebut. Contohnya bagi projek lebuhraya, kalau ada bantahan daripada LLM, pembayaran pampasan akan ditahan sebanyak 25% .

8) Perlukah bahagian penyaksian disempurnakan sekiranya cop mohor diturunkan?

Jawapan :
Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat cop mohor syarikat pada borang suratcara.

 

HUBUNGI KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman

09-6182211/6185013

FAX PDM: 09-6181963

FAX PTM: 09-6185960

pdmarang@terengganu.gov.my

ptmarang@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Marang