FUNGSI DAN DASAR KUALITI
PEJABAT TANAH KUALA NERUS

FUNGSI

Peranan utama Pejabat Tanah Kuala Nerus adalah menerima dan memproses permohonan berkaitan tanah daripada orang awam, agensi kerajaan dan swasta. Seterusnya akan memaklumkan keputusan terhadap permohonan tersebut kepada pemohon. Pejabat Tanah Kuala Nerus juga menjalankan fungsi pendaftaran hakmilik dan urusan tanah.

TUGAS-TUGAS:

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Melahirkan satu sistem pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia yang cekap, berkualiti dan bertanggungjawab yang berterusan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta memastikan pengurusan kewangan jabatan dilaksanakan dengan cekap dan berhemah mengikut prosedur dan peraturan.

Bahagian Penguatkuasaan Dan Teknikal Mengurus, memantau dan memastikan seksyen-seksyen dibawah Kanun Tanah Negara dan undang-undang berkaitan dengannya dipatuhi.

Bahagian Pelupusan Tanah Menguruskan pelupusan tanah samada dalam kawasan mukim, pekan atau bandar melalui pemberimilikan tanah secara terancang atau tidak terancang berdasarkan peruntukan seksyen 76 dan seksyen 65 Kanun Tanah Negara, Perizaban di bawah seksyen 62 dan pemberimilikan di bawah Akta GSA 1960.

Bahagian Pendaftaran Mengurus Pendaftaran Hakmilik, Urusniaga dan Bukan Urusniaga Tanah supaya dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Bahagian Pembangunan Tanah Mengurus prosedur memproses semua urusan pembangunan tanah supaya dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Bahagian Teknologi Maklumat Menguruskan kemudahan teknologi maklumat dari segi peralatan, perisian, sistem dan rangkaian bagi memenuhi keperluan kakitangan dan juga menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pengguna akhir (end-user) yang terdiri dari pegawai dan kakitangan dari segi penggunaan perisian dan komputer serta penyelenggaraan peralatan dan rangkaian.

Bahagian Hasil Mengurus dan menyelaras pungutan hasil tanah secara cekap, teratur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bahagian Perundangan Mengurus dan menyelaras kaedah-kaedah perundangan tanah secara cekap dan berkesan.

DASAR KUALITI DAERAH DAN TANAH KUALA NERUS

Pihak pengurusan adalah berkomited untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan kecekapan proses-proses utama dalam Pembangunan dan Pentadbiran Daerah dan Tanah. Pihak pengurusan juga akan mempastikan bahawa sistem pengurusan kualiti pentadbiran tanah akan diterangkan untuk fahaman semua dalam organisasi dan sentiasa disemak semula kesesuaiannya. Selain itu, pihak pengurusan akan menyediakan rangka kerja bagi mewujud dan menyemak semula objektif-objektif kualiti organisasi.

HUBUNGI KAMI

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus,
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

09-6664000

Faks PDKN : 09-6624000

Faks PTKN : 09-6666000

Email PDKN : pdkn@terengganu.gov.my

Email PTKN : ptkn@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus