Ditulis pada Isnin, 20 Jun 2022
PENTADBIRAN
- Merancang dan menguruskan hal-ehwal pentadbiran am.
- Memantau semua arahan am pentadbiran dipatuhi oleh semua jabatan dibawah pemusatan.
- Merancang takwim induk.
- Mengurus maklumat direktori pegawai dan kakitangan.
- Mengurus permohonan peruntukan bajet / vot pentadbiran.
- Merancang aktiviti/program Perhimpunan/ Mesyuarat Pengurusan Peringkat Jabatan.
- Merancang pelaksanaan Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Jabatan.
- Menguruskan MyPortfolio Jabatan.
- Mengendalikan urusan berkaitan Arahan Keselamatan Jabatan.
- Mengurus keselamatan, kerosakan dan kebersihan serta keceriaan pejabat.
- Mengurus permohonan/perjanjian sewaan.
- Menguruskan pemantauan laporan bulanan kehadiran.
UNIT KENDERAAN
- Mengendalikan permohonan pengurusan kenderaan teratur.
- Memantau penggunaan kenderaan.
- Memastikan semua prosedur berkaitan kendalian kenderaan dipatuhi.
UNIT REKOD
- Mengurus rekod fail / dokumen Jabatan.
- Mengurus surat dan pengeposan.
- Menguruskan rekod aduan Jabatan.
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Perkhidmatan
- Mengendalikan urusan pelantikan dan pengesahan lantikan.
- Mengendalikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan.
- Menguruskan pemberian taraf berpencen.
- Menyelenggarakan Buku Perkhidmatan.
- Menguruskan persaraan pegawai.
- Menguruskan pertukaran dan penempatan bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional, Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II.
- Mengurus permohonan tapisan keselamatan e-vetting pegawai Jabatan.
- Mengurus Majlis Bersama Jabatan.
Pembangunan Organisasi
- Mengurus pengambilan bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional, Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II.
- Menguruskan perlantikan pegawai kontrak.
- Mengurus data perjawatan Jabatan.
- Melaksanakan kajian pembangunan organisasi Jabatan.
- Mentadbir dan melaksanakan Aplikasi HRMIS di JKM.
- Menyelaras dan menyediakan laporan pencapaian KPI berkenaan Pengisytiharan Harta, SKT dan Data Berintergriti.
Unit Integriti
- Pengurusan Integriti.
- Pengurusan tatatertib Jabatan.
- Menguruskan Laporan Pengisytiharan harta.
- Mengurusetiakan Lembaga Tatatertib.
- Menguruskan permohonan darjah/ pingat kebesaran.
Unit Latihan dan Kompetensi
- Menguruskan peruntukan Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan.
- Menguruskan latihan / kursus jabatan.
- Memantau kehadiran tujuh (7) hari berkursus setahun bagi pegawai jabatan.
- Menguruskan peperiksaan awam jabatan.
TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Memastikan sistem-sistem aplikasi dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
- Mengurus, menyelaras dan melaksana hal- hal berkaitan ICT termasuk keperluan, perolehan, pendaftaran, penempatan, penyelenggaraan (perkakasan dan perisian), pelupusan dan rangkaian.
- Membantu melaksana pengemaskinian laman web.
- Membantu melaksana dan mengurus emel kakitangan.
- Menyelia isu-isu keselamatan ICT di Jabatan.
- Mengurus dan mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Peringkat (JPICT) Jabatan.
- Menjalankan tugas keurusetiaan dan memberikan sokongan teknikal ICT untuk semua majlis dan program jabatan.
Jumlah Capaian Ke Laman ini: 4718 kali