Tahniah dan Syabas diucapkan kepada kumpulan Nerus-T daripada Pejabat Daerah Kuala Nerus atas penganugerahan 4 bintang Dan kumpulan K-Force dari Pejabat Tanah Kuala Nerus atas penganugerahan 3 bintang bagi penyertaan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) pada Majlis Anugerah Persada Inovasi Terengganu 2024 yang telah diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Ybhg. Dato' Ab Rasid Bin Jusoh (Timbalan Setiausaha Kerajaan Pengurusan) dan YB Mohd Nawawi bin Ismail (Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu). Hadir menerima anugerah Tuan Haji Ahmad Azizi Bin Zulkifli (Pegawai Daerah Kuala Nerus), Puan Hajah Siti Mariam binti Hamid (Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Nerus).
Kumpulan Nerus-T telah diketuai oleh Puan Nur Hidayatul Hanis binti Zulkifli yang membawa Produk Sistem iPF, manakala Kumpulan K-Force yang diketuai oleh Encik Mohd Rafiuddin Jazlan bin Johan yang membawa produk Sistem K-Force.
Semoga dengan penganugerahan Kumpulan inovasi dan kreatif(KIK) pada kali ini akan terus menjadi pemangkin semangat kepada pasukan PDTKN pada masa yang akan datang.