FUNGSI DAN DASAR KUALITI
PEJABAT DAERAH KUALA TERENGGANU

FUNGSI

Peranan utama Pejabat Daerah Kuala Terengganu secara dasarnya PDKT ditubuh dengan tujuan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat yang dipayungnya. Rakyat yang merupakan satu entiti pelanggan yang penting berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada PDKT melalui perancangan, pelaksanaan, pentadbiran dan pengalaman aktiviti-aktiviti yang telah digariskan, sesuai dengan aspirasi kerajaan negeri iaitu merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran.

ANTARA LAIN FUNGSI PDKT ADALAH:

  • Merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan peringkat daerah.
  • Merancang program pembangunan ekonomi, sosial dan spiritual
  • Menyelaras dan melaksana aktiviti keselamatan, perpaduan dan kerohanian
  • Memperkemaskan pengurusan dan pentadbiran daerah

DASAR KUALITI DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU

Pihak pengurusan adalah berkomited untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan kecekapan proses-proses utama dalam Pembangunan dan Pentadbiran Daerah dan Tanah. Pihak pengurusan juga akan mempastikan bahawa sistem pengurusan kualiti pentadbiran daerah dan tanah akan diterangkan untuk fahaman semua dalam organisasi dan sentiasa disemak semula kesesuaiannya. Selain itu, pihak pengurusan akan menyediakan rangka kerja bagi mewujud dan menyemak semula objektif-objektif kualiti organisasi.

HUBUNGI KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU,
Kompleks Sri Iman, Jalan Sultan Mohamad,
20692 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

+609-6222966/6222193

FAX PTKT:+609-6220329

FAX PDKT:+609-6221062

ptkt@terengganu.gov.my

pdkt@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu