Latar Belakang Pejabat Daerah
Dan Tanah Kuala Terengganu

TAHUN

PENERANGAN

-

Daerah Kuala Terengganu mempunyai keluasan 21,021.47 hektar yang merangkumi 1.62% daripada keseluruhan keluasan negeri Terengganu iaitu seluas 1,295,757.6 hektar yang bersempadan dengan daerah Marang di Selatan,Kuala Nerus Di Utara, Hulu Terengganu di Barat dan Laut China Selatan di Timur.

Pentadbiran Daerah dan Tanah Kuala Terengganu merangkumi 9 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 4 kawasan Parlimen. Ianya di pecah bahagi kepada 15 Mukim pentadbiran.

Mukim berkenaan adalah Bandar Kuala Terengganu,

Pekan Cabang Tiga, Mukim Cabang Tiga, Mukim Batu Buruk,

Mukim Kuala Ibai, Mukim Cendering, Mukim Bukit Besar,

Mukim Atas Tol, Mukim Rengas, Mukim Pengadang Buluh,

Mukim Gelugor Raja, Mukim Gelugor Kedai, Mukim Tok Jamal,

Mukim Paloh,Mukim Losong , Mukim Serada.

 

Jumlah Penduduk Daerah Kuala Terengganu seramai 258,600 (TAHUN 2018) orang dan bilangan kampung ( 205 MPKK )

1910

Sistem Pentadbiran mengikut daerah dimulakan dengan pengenalan ‘Sistem Pentadbiran Penjajah Inggeris di Negeri Terengganu.

1921

Pengwujudan Pesuruhanjaya Jajahan, Negeri Terengganu dipecahkan kepada tiga (3) kawasan:

Kawasan Barat : Meliputi Daerah Besut dan Setiu

Kawasan Tengah : Meliputi Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan

Marang

Kawasan Timur : Meliputi Daerah Dungun, Paka, Kerteh, Kemasek

dan Kemaman.

1947

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu pertama diwujudkan dan terletak di tepi Padang Paya Bunga iaitu di tapak Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sekarang ini.

1955

3

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu telah berpindah ke bangunan baru di Padang Engku Sar .

1955

Di Daerah Kuala Terengganu, jawatan Pegawai Daerah Inggeris yang terakhir ialah Mr G. Fricher sebelum diganti dengan anak Melayu pertama yang menyandang jawatan Pegawai Daerah Kuala terengganu, iaitu Che Mohd Yusof bin Haji Ahmad pada 24.8.1955.

1968

Anak Terengganu pertama yang menyandang jawatan Pegawai Daerah ialah Dato’ Aria Negara Haji Bachik bin Abd Jalal pada 1.7.1968.

1984

Jawatan Pemungut Hasil Tanah Daerah telah ditukar kepada Pentadbir Tanah Daerah yang kemudiannya dipinda menjadi Pentadbir Tanah selaras dengan pindaan Kanun Tanah Negara.

1998

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu mula beroperasi di Kompleks Seri Iman pada 1.8.1998.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA TERENGGANU,
Kompleks Sri Iman, Jalan Sultan Mohamad,
20692 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

+609-6222966/6222193

FAX PTKT:+609-6220329

FAX PDKT:+609-6221062

ptkt@terengganu.gov.my

pdkt@terengganu.gov.my

Sila Imbas

Jumlah Pelawat:

Kemaskini Terakhir : 12 Ogos 2024

Copyright © 2024 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Terengganu